Friday 3 June 2011

Minuman Herba MASELL (mas cotek+roselle)


Minuman herba dibungkus dalam bentuk botol mudah bawa dan mudah untuk diminum. Sesuai dijadikan minuman harian untuk kekal cergas dan sihat sepanjang masa.

Dalam situasi kehidupan masyarakat Malaysia yang sibuk dengan tugasan harian sehingga tiada masa untuk menjaga kesihatan dengan cara bersenam, anda boleh mengamalkan minuman herba ini untuk membantu menjaga kesihatan diri anda dari dalam.

Ianya bukan ubat tetapi ia minuman herba harian untuk kesihatan.
MAS COTEK + ROSELLE
Sebelum ini, Omaly Products telah mengeluar dan memasarkan produk teh herba Oley Uncang Mas Cotek pada tahun 2007. Kini, kami telah memperbaharui rumusan produk kami dengan menggantikan teh herba Oley Uncang Mas Cotek kepada Minuman Herba , rumusan bersama mas cotek dan roselle. Minuman herba dihasilkan dari ladang organik yang tidak menggunakan sebarang racun serangga atau racun rumpai. dibuat dari 100% daun-daun mas cotek dan buah roselle yang terpilih dan diproses dengan cermat dan bersih bagi menjamin kualiti yang tinggi.
Minuman herba dicampur dengan bahan pengawet dan pewarna tiruan tetapi jumlah campurannya hanya sedikit. Minuman herba juga mengandungi pelbagai khasiat dan kami menggalakkan ia diambil secara berterusan sebagai minuman harian yang meriangkan.

Mas cotek:
Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan.Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya,Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Khasiat Mas Cotek ini adalah :
-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

Manakala untuk buah rosselle pula pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran. Merah buah ini mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine. Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin, carotene, kalsium dan besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita. Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos. Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi saya Iza (019-7599056) atau terus ke FB saya (iza_aziza@ymail.com).

No comments:

Post a Comment